TENTANG KAMI

Latar Belakang

Masyarakat telah terbuka minda dengan pendedahan tentang khasiat dan kebaikan semula jadi produk-produk makanan yang berasaskan sunnah khususnya bagi pengguna Muslim di negara ini. Umum mengetahui pengkiktirafan dunia terhadap amalan pemakanan sunnah yang dianjurkan adalah sangat baik untuk kesihatan tubuh badan, hingga menjadi pilihan makanan kesihatan alternatif walaupun kepada warga selain Muslim. Masyarakat kini lebih berpengetahuan dalam hal-hal penjagaan kesihatan tubuh badan seiring dengan pertumbuhan pesat arus teknologi masa ini dan sebaran maklumat melalui pelbagai media massa.

Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi masyarakat dengan memberi kesan peningkatan terdapat permintaan produk-produk kesihatan dan kecantikan. Hal ini demikian menyebabkan ramai usahawan yang mula bersaing untuk mendapatkan keuntungan dengan menceburi perniagaan berasaskan kesihatan. Namun, pola pemakanan ini menjadi tidak terkawal dengan lambakan penghasilan produk yang kurang bermutu; serta penggunaan bahan awet yang sebaliknya meletakkan tahap kesihatan masyarakat jauh lebih berisiko lagi.

Hal ini turut disumbangkan oleh beberapa faktor yang lain antaranya; lambakan pelbagai jenis makanan segera, persekitaran alam yang semakin tercemar, serta penyakit berjangkit yang kian menular dalam kalangan masyarakat. Usaha pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam membendung kesan-kesan penyakit wajar dipuji dan harus diberi sokongan penuh agar masyarakat hidup dalam keadaan yang lebih sejahtera tanpa perlu bimbang dengan kos perubatan yang tinggi. Pihak kementerian telah berusaha dengan menyebarkan kesedaran kesihatan umum serta langkah-langkah keselamatan bagi pengambilan suplemen-suplemen tambahan dengan mendapat preskripsi lengkap dari pegawai perubatan. Pihak perusahaan menyokong penuh fungsi pengambilan ubat-ubatan yang disarankan oleh KKM kerana diperakui sah dari segi undang-undang sesuai dengan kajian-kajian makmal yang telah diuji.

Oleh kerana khuatir dengan keadaan semasa masyarakat kini, perusahaan kami terpanggil untuk memikul tanggungjawab dengan menyediakan makanan-makanan yang secara semulajadinya sangat baik untuk kesihatan tubuh manusia sebagai suplemen tambahan sesuai dengan ubat-ubatan yang telah mengikut piawaian perubatan serta alternatif bagi produk-produk berisiko tinggi. Di samping memberi galakan kepada masyarakat Malaysia untuk mengamalkan diet pemakanan yang dianjurkan oleh komuniti Muslim dari serata dunia. Hal ini amat signifikan kepada kami sebagai salah sebuah pembekal utama produk kesihatan semulajadi berasaskan sunnah dalam pasaran negara.

Muhajirin Industries Sdn. Bhd. menyediakan variasi makanan sunnah dengan membekalkan buahan-buahan timur tengah seperti kurma, tin, zaitun, kismis dan pelbagai jenis kekacang. Selain itu, pihak perusahaan turut membekalkan pelbagai jenis madu asli semula jadi dari sumber dalam dan luar negara.

Perusahaan kami menitikberatkan dua faktor utama kejayaan kami dalam membekalkan produk makanan kesihatan alternatif berasaskan sunnah. Pertama, produk yang dibekalkan adalah dijamin kualitinya daripada sumber semula jadi. Kedua, kami menyediakan khidmat nasihat tentang tatacara pengambilan makanan selari dengan keperluan kesihatan yang disarankan serta bertepatan dengan amalan sunnah yang dianjurkan.

Kami juga berjaya memperkenalkan trend madu yang diformulasi dan digayakan dalam bentuk “stick” dengan mendapat jolokan dari kalangan masyarakat dengan panggilan Honey Stick tanpa menjejaskan atau mengurangkan sedikitpun fungsi kesihatan semula jadinya.

Honey Stick ini telah menapak dihati pengguna sepanjang penjualannya kerana produk ini bukan sahaja mudah dibawa kemana-mana sahaja, malah menepati kehendak pelbagai lapis usia dan masyarakat baik dari dalam mahupun luar negara sebagai alternatif imunisasi tubuh.

Hubungi Kami

Kami mengalukan mesej daripada anda. Kami akan menghubungi anda secepat yang mungkin.

Alamat

19, Jalan Jenaris 2A, Taman Jenaris
43000 Kajang, Selangor

Telefon

Pejabat: (+603) 8741 8111
Showroom: (+603) 8737 3080

Whatsapp

(+6012) 343 2255

Email

almuhajirin_01@yahoo.com