TENTANG KAMI

Sejarah Penubuhan

Muhajirin Industries Sdn. Bhd. (MISB) telah ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai anak syarikat kepada Muhajirin Food Sdn. Bhd. (MFSB) dengan menumpukan pengendalian pembungkusan madu serta pelbagai produk makanan bagi MFSB. MFSB pada ketika itu dinaiktaraf menjadi syarikat Sendirian Berhad setelah lama berkecimpung dalam perniagaan sebagai Muhajirin Enterprise (ME).

Sejak 2016, Muhajirin Industries memulakan penjualan produk madu dengan pendekatan, konsep serta menggunakan inovatif idea tersendiri. Usaha ini bermula dengan mensasarkan pelanggan dari kalangan pelajar sebagai alternatif pemakanan yang sihat. Penjualan ini mendapat sambutan yang baik sejak ia mula diperkenalkan, hingga ramai ejen dan pengedar dilantik bagi membekalkan produk kepada pengguna yang kemudiannya terdiri daripada kalangan pelajar, keluarga, masyarakat am, mahupun individu persendirian.

Pertengahan tahun 2017 pula, MISB menerima tempahan bagi tujuan pembungkusan produk baik dari dalam, mahupun luar negara. Dalam masa yang sama, MISB bekerjasama dengan MFSB dalam usaha meluas-pasarkan produk sendiri dengan menawarkan bekalan Honey Stick kepada pengedar untuk dijenamakan semula dengan jenama sendiri. Hal ini demikian bagi membantu para usahawan mencipta jenama sendiri untuk tujuan pemasaran di samping sebagai langkah penghargaan kepada pengedar atas kesetiaan dan kepercayaan terhadap pihak syarikat.

Pada awal tahun 2018, pihak syarikat menerima kerjasama untuk menjalankan kajian rintis bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam ujian Organoleptik (organoleptic test) di sekolah-sekolah terpilih. Ujian ini bertujuan untuk menguji kecenderungan deria rasa terhadap produk kismis yang dirancang sebagai bekalan kepada pelajar-pelajar model Ulul Albab di seluruh negara pada tahun 2019.

Hubungi Kami

Kami mengalukan mesej daripada anda. Kami akan menghubungi anda secepat yang mungkin.

Alamat

19, Jalan Jenaris 2A, Taman Jenaris
43000 Kajang, Selangor

Telefon

Pejabat: (+603) 8741 8111
Showroom: (+603) 8737 3080

Whatsapp

(+6012) 343 2255

Email

almuhajirin_01@yahoo.com